50+ unit di seluruh Malaysia

Jam Azan TV & Paparan Waktu Solat untuk Surau, Masjid & Premis Satu TV. Satu telefon.
Semua urusan paparan selesai.

Waktu solat automatik mengikut takwim rasmi JAKIM (e-Solat), kiraan azan & iqamah, dan slideshow hebahan, semuanya di TV premis anda, dikawal terus dari telefon.

Bayar sekali, tiada langganan.

Waktu solat mengikut takwim rasmi JAKIM (e-Solat)

Countdown

--:--:--

Selamat datang ke AzanSyncTV AI, paparan pintar untuk surau, sekolah, restoran & pejabat. Muat naik dari telefon, terus terpapar di TV.  •  

      --:--:--

Aplikasi telefon AzanSync

Muat naik… terus ke TV

Masih gunakan cara lama & panjat tangga?

Kami percaya setiap ruang sama ada surau, pejabat, sekolah, mahupun rumah sepatutnya memberikan suasana yang tenang, teratur & sentiasa terhubung dengan perkara penting. Teknologi tidak sepatutnya memeningkan & mempunyai wayar berselerak. Ia sepatutnya bekerja secara lancar untuk mempermudah urusan harian kita.

Cara lama

  • Panjat tangga cucuk pendrive pada TV yang dipasang tinggi
  • Android box lain jika power off tapi tiada internet, jam lari, waktu solat tak tepat & perlu setup jam semula
  • Jam LED hanya papar waktu, tiada info penceramah & slideshow berserta QR
  • Semua bergantung pada seorang "orang IT"

Cara AzanSync

  • Boleh menggunakan gambar WhatsApp / galeri telefon untuk dipaparkan di TV dalam beberapa saat
  • Waktu solat auto kemas kini ikut JAKIM, jam tak lari jika off power & auto buka app TV sendiri
  • Boleh letak gambar QR masjid, countdown takwim, slaid penceramah, AI poster, custom text slide & banyak lagi
  • Semua AJK boleh bantu urus, bukan seorang sahaja

3 saat. Itu sahaja.

Rakaman sebenar tanpa suntingan: poster dimuat naik di telefon, dan terus terpapar di TV. Tiada pendrive, tiada kabel, tiada panjat tangga.

Semua yang premis anda perlukan

Dua cara kawalan: dari telefon di mana-mana sahaja, atau terus di TV dengan remote. Online atau offline, anda tetap pegang kawalan penuh.

Di TV

Pilih tema ikut suasana premis anda

Tukar dari telefon, TV terus berubah. Cuba pilih butang di bawah:

TV Settings → Tema

Paparan utama AzanSync di TV: waktu solat, jam dan slaid

Waktu solat auto dari JAKIM

Jam & tarikh (Masihi + Hijrah), waktu sentiasa tepat mengikut takwim rasmi e-Solat, kemas kini sendiri.

Kiraan detik azan di skrin TV

Mod solat automatik

Masuk waktu, TV bertukar sendiri: kiraan azan → azan → iqamah → mod solat → kembali ke slaid. Jumaat ada mod khutbah khas.

Slaid info penceramah di TV

Slideshow pelbagai slaid

Gambar, video, custom text, info penceramah, QR derma, jadual kuliah. Tempoh setiap slaid boleh ditetapkan.

Slaid kiraan hari ke acara takwim di TV

Countdown takwim

Kiraan hari ke Ramadhan, Israk Mikraj, SPM atau sebarang acara premis anda.

Tulisan bergerak LED scroller di TV

LED Text Scroller

Tulisan bergerak untuk hebahan ringkas, tanpa perlu buat poster.

Mod slideshow penuh untuk menu restoran dan iklan

Full Slideshow (Hide Azan)

Paparan slideshow penuh tanpa skrin solat, sesuai untuk menu restoran, iklan & poster sekolah.

Pembeza utama

Kawalan penuh di TV: remote sahaja, internet tak wajib

Tiada internet? Tiada masalah. Semua kawalan ada di hujung remote. Muat naik video terus dari pendrive, tambah/edit/padam slaid, laras semua tetapan, dan sistem teras terus berjalan sepenuhnya: waktu solat, kiraan azan & iqamah, dan seluruh slideshow tersimpan dalam box itu sendiri. Surau tanpa WiFi pun dapat pengalaman penuh.

  • Cucuk pendrive, tekan remote. Video terus naik ke slaid
  • Semua tetapan boleh dilaras terus di TV: tema, warna, saiz tulisan, takwim
  • AI Poster Maker terus di TV, jana poster siap papar guna remote

Upload video guna pendrive, tekan remote, terus main di TV.

Menu Media Slideshow Settings di TV, urus slaid, LED scroller & tema guna remote AI Poster Maker dijana terus di TV menggunakan remote
Slaid ramalan cuaca di TV dalam mod biasa, bar waktu solat & kiraan azan kekal di skrin Slaid ramalan cuaca di TV dalam mod slideshow penuh, cuaca memenuhi seluruh skrin
Skrin Weather Slide dalam aplikasi telefon: pratonton paparan TV & pilihan daerah ramalan

Slaid Ramalan Cuaca Live

Memudahkan pengguna pejabat / surau dalam bangunan tahu status hujan di luar secara real-time.

  • Suhu semasa & ramalan setiap 3 jam, tahu keadaan di luar sebelum melangkah keluar
  • Pilih daerah sendiri dari telefon, atau terus ikut zon TV yang sedia ada
  • Boleh papar dalam mod biasa (ada azan) atau slideshow penuh (kegunaan public)

Kemas kini automatik, sumber cuaca WeatherAPI.com

Dari Telefon

Anda boleh install aplikasi ini di telefon Android, iPhone mahupun di PC (TANPA HAD)!

Dashboard aplikasi telefon AzanSync

Dashboard penuh di poket

Urus slaid, tetapan TV & hebahan dari mana-mana sahaja.

Susun dan freeze slaid dari telefon

Muat naik, susun & freeze slaid

Drag & drop, freeze ketika ceramah berlangsung, padam bila selesai.

Kawalan banyak TV serentak dari telefon

Kawal banyak TV serentak

Satu hebahan ke semua TV, ikut kumpulan, atau TV terpilih.

Log aktiviti pasukan dalam aplikasi

Collab & log aktiviti

Jemput AJK/staf urus bersama, siapa muat naik apa, bila.

Jadual Skrin Hitam: jimat elektrik

Jadualkan TV tidur automatik, jimat elektrik, panjangkan hayat TV. Set dari telefon: pilih masa, tekan Add, dan TV gelap sepenuhnya pada waktu yang ditetapkan, kemudian bangun sendiri, tanpa sesiapa menyentuh TV.

Multi-TV Control Center

Pembelian 2+ unit sahaja: Satu hebahan, semua TV berubah serentak

Sesuai untuk sekolah, restoran & pejabat bercawangan. Satu hebahan → semua TV / kumpulan TV / TV tertentu. Dengan mendaftar TV, anda juga boleh pantau semua TV mengikut kumpulan dalam satu dashboard ("Blok A", "Cawangan JB").

Hebahan serentak ke semua TV
Dashboard Multi-TV Control Center versi web
Dashboard kawalan versi web

Paparan FB Live terus ke TV

Siaran langsung FB Live terus ke TV, kawal dari telefon atau PC. Kuliah, ceramah atau majlis rasmi terpapar kepada jemaah di mana-mana TV / semua TV serentak, dimula & ditamatkan dari jauh tanpa sesiapa menyentuh TV.

AI Poster Maker: taip sahaja, poster siap

Taip tajuk hebahan atau tajuk hadis, terus AI jana poster untuk dipaparkan di TV menggunakan remote sahaja. Hadis yang dipaparkan hanya terhad daripada Sahih Bukhari & Muslim bagi menjamin kesahihannya.

Contoh poster AI: Raya Aidil Fitri Contoh poster AI: Hari Sukan Tahunan Contoh poster AI: hadis sahih (Sahih Muslim), Arab & terjemahan Melayu

Kenapa AzanSyncTV AI?

Waktu solat auto-update dari JAKIM

Tak perlu set manual seperti jam LED yang perlu tunggu juruteknik, waktu sentiasa tepat, kemas kini sendiri.

Kawalan dari poket anda

Tukar slaid, tema, LED dan jadual skrin dari mana-mana sahaja, dan TV berubah serta-merta.

Sync masa nyata

Muat naik di telefon → terpapar di TV serta-merta. Tiada pendrive, tiada copy-paste.

Berfungsi tanpa internet

Slideshow & waktu solat terus berjalan dan jam tak lari, tak perlu setup semula tidak seperti android box lain. Surau tanpa WiFi pun dapat pengalaman penuh.

Pairing 5 saat

Masukkan ID TV 5 huruf di telefon, terus berpasangan. Tiada akaun rumit, tiada konfigurasi teknikal.

AI Poster Maker terbina dalam

Taip sahaja & dapat poster terus untuk slaid, tak perlu designer. Di telefon atau terus di TV.

Auto-start & kemas kini OTA

Elektrik terputus? Aplikasi terbuka sendiri bila box hidup semula, tak perlu capai remote, tidak seperti android box lain.

Kerjasama berpasukan

Jemput AJK / staf lain urus paparan bersama melalui e-mel, dengan log aktiviti penuh.

Dua cara kawalan

Dari telefon di mana-mana sahaja, atau terus di TV dengan remote. Online atau offline, anda tetap pegang kawalan penuh.

Sesuai untuk siapa?

Pasang dalam 3 langkah

Anda akan terima Android Box yang boleh dipasang pada mana-mana TV berport HDMI, termasuk TV infaq, TV lama & bukan Smart TV.

Cucuk HDMI

Sambungkan Android Box ke port HDMI TV anda. Mana-mana TV pun boleh.

Pair kod 5 huruf

Masukkan ID TV 5 huruf dalam aplikasi telefon, terus berpasangan dalam 5 saat.

Terus guna

Waktu solat, slideshow & semua ciri terus berjalan. Muat naik slaid pertama anda!

Dipasang & digunakan di premis sebenar

Bukan mockup. Ini pemasangan sebenar di surau, sekolah, restoran, pejabat & rumah di seluruh Malaysia.

Sistem AzanSync beroperasi di surau
Surau: paparan waktu solat & slaid hebahan
Sistem AzanSync di sekolah
Sekolah: hebahan & jadual aktiviti
Sistem AzanSync di restoran
Restoran: menu digital & promosi

Apa kata pengguna

Dari surau ke sekolah ke kedai makan, ini pengalaman mereka.

Surau

"Sebelum ini nak tukar poster kena cucuk pendrive kat belakang TV. Sekarang saya update dari rumah je, terus naik kat skrin surau. Sangat memudahkan AJK."

Ustaz Naim
Surau At-Taufiqiyah, Kuala Lumpur
Sekolah

"Dulu nak buat notis hebahan & countdown SPM kene pakai kertas cabut setiap hari, sekarang setting guna telefon saja dah terpapar semua di TV. Paling best masa perhimpunan pun boleh freeze slaid penting."

Syazwan
Spectrum International School, Putrajaya
Restoran

"Dulu perlu cetak banner, sekarang designer hantar gambar dekat WhatsApp, terus boleh approve & paparkan di TV guna telefon. Berbaloi sangat."

Haris
Restoran Jaman Tory Resepi, Pahang
Korporat

"Pemasangan senang sangat. Pair guna kod 5 huruf sahaja. Staf IT kami tak perlu buat apa-apa konfigurasi."

Norhafiza
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya
Rumah

"Azan berkumandang tepat setiap waktu kat TV ruang tamu. Anak-anak terus berhenti main dan bersiap untuk solat. Macam ada suasana surau dalam rumah."

Tuan Iskandar Zulkarnain
Ketua keluarga di Kajang, Selangor

Pakej & Harga

Setiap pakej termasuk Android Box yang siap dipasang dengan sistem AzanSyncTV AI. Anda cuma perlu sediakan TV yang mempunyai port HDMI (termasuk TV lama / TV infaq / Smart TV / TV biasa).

Paling popular

Pakej 1: dengan latihan on-site

Pemasangan & latihan di lokasi anda

  • Sistem AzanSyncTV AI siap dipasang, cucuk ke TV, terus boleh guna
  • Sesi latihan on-site, kami datang pasang & ajar sampai pandai
  • Penghantaran & pemasangan percuma dalam Lembah Klang · luar +RM0.90/KM
  • Bayar sekali sahaja, tiada langganan bulanan atau tahunan

Pakej 2: pos ke rumah

Pos terus ke alamat anda

  • Sistem AzanSyncTV AI siap dipasang, cucuk ke TV, terus boleh guna
  • Video tutorial pemasangan & penggunaan
  • Mudah dipasang sendiri: Plug in & play macam guna Astro
  • Pos ke seluruh Malaysia
  • Bayar sekali sahaja, tiada langganan bulanan atau tahunan

Semua pakej lengkap, bayar sekali sahaja, tiada yuran langganan. Untuk lokasi luar Lembah Klang, caj penghantaran dikira ikut jarak. WhatsApp kami untuk harga akhir & diskaun semasa.

Soalan Lazim

Berapa harga sebenar?

Bayar sekali sahaja, tiada langganan. Untuk lokasi luar Lembah Klang, caj penghantaran dikira ikut jarak. WhatsApp kami untuk harga akhir & diskaun semasa.

Perlu bayar langganan bulanan?

Tidak. Bayar sekali sahaja dan sistem kekal boleh digunakan selama-lamanya, tiada yuran bulanan, tiada yuran tahunan. AJK tak perlu ingat nak bayar apa-apa lagi, dan kemas kini sistem (OTA) tetap sampai tanpa caj tambahan.

Perlu beli TV khas / Smart TV?

Tidak sama sekali. TV infaq, TV lama atau TV biasa (bukan Smart TV) pun boleh digunakan, asalkan port HDMI masih berfungsi. Kami bekalkan Android Box yang sudah siap dipasang dengan sistem AzanSyncTV AI; cucuk ke HDMI TV sedia ada, terus guna.

Perlu ada WiFi ker?

Tak wajib. Waktu solat, azan & slideshow tetap berjalan walaupun tiada internet & jam kekal tepat kerana kesemuanya telah tersimpan dalam box. Internet hanya diperlukan jika mahu TV papar gambar baru dari telefon / guna AI Poster Maker / download gambar taqwim baru sahaja. Upload gambar guna telefon dari rumah & hotspot pada box kemudian pun boleh jika tiada WiFi. Gambar juga boleh dimuat naik terus di box secara offline guna pendrive.

Boleh papar video tak?

Boleh. Muat naik video guna pendrive terus ke Android Box, tekan remote, video terus masuk dalam slideshow TV. Tempoh mainan setiap slaid & video pun boleh ditetapkan.

Program Rakan Niaga

Mahu jadi Ejen atau Pemasang?

Sertai rangkaian rakan niaga kami di seluruh Malaysia dan jana pendapatan sampingan dengan membawa solusi digital ke komuniti anda. Bantu surau, sekolah, pejabat serta premis perniagaan setempat menaik taraf kepada paparan slide TV moden yang mudah diurus terus dari telefon pintar.