Cara Pasang Jam Waktu Solat di TV Surau (Langkah demi Langkah)

Mana-mana TV yang ada port HDMI boleh dijadikan jam waktu solat. Ini langkah yang kami ikut setiap kali memasang di surau, dari sambung ke HDMI sehingga hebahan pertama terpapar.

Oleh Muadz Jamain, pencipta AzanSyncTV AI · Dikemas kini · 3 minit bacaan

Panduan ini menggunakan jam azan TV AzanSyncTV AI sebagai contoh, tetapi kebanyakan langkahnya (sambungan HDMI, tetapan TV dan pilihan zon) sama untuk mana-mana sistem jam waktu solat berasaskan TV.

Apa yang perlu disediakan

Langkah 1: Sambung Android Box ke HDMI

  1. Cucuk Android Box ke port HDMI TV dan sambungkan kuasanya.
  2. Tukar input TV ke port HDMI tersebut.
  3. Paparan waktu solat akan terbuka dengan sendiri.

Tip penting: banyak TV mempunyai fungsi auto power off, eco timer atau sleep timer yang memadamkan TV selepas beberapa jam tanpa sentuhan remote. Matikan fungsi ini dalam tetapan TV, dan jika ada, tetapkan TV supaya hidup semula pada input HDMI terakhir selepas bekalan elektrik pulih.

Langkah 2: Pair dengan telefon

Skrin TV akan memaparkan ID TV 5 huruf. Buka aplikasi telefon, masukkan ID tersebut, dan TV terus berpasangan dalam beberapa saat. Kongsi ID yang sama dengan AJK lain supaya mereka juga boleh memuat naik hebahan dari telefon masing-masing.

Langkah 3: Pilih zon waktu solat JAKIM yang betul

Waktu solat di Malaysia dibahagikan mengikut zon, dan satu negeri boleh mempunyai beberapa zon. Contohnya, Selangor dibahagikan kepada tiga zon. Pilih negeri dan zon yang tepat bagi lokasi surau anda, kerana zon yang salah boleh menyebabkan waktu berbeza beberapa minit.

Selepas itu, bandingkan waktu di skrin dengan laman e-Solat JAKIM bagi zon yang sama. Ia patut sama tepat.

Kiraan detik azan di skrin TV surau
Bila hampir masuk waktu, TV bertukar sendiri kepada kiraan detik azan.

Langkah 4: Masukkan hebahan pertama

Muat naik poster kuliah, notis kenduri atau kod QR infaq dari telefon, dan ia terpapar di TV dalam beberapa saat. Jika lebih selesa tanpa telefon, gambar dan video juga boleh dimasukkan guna pendrive terus ke Android Box dan diurus dengan remote.

Mahu kami yang pasangkan?

Pakej 1 termasuk pemasangan dan latihan di lokasi anda, percuma di Lembah Klang. Pakej 2 pula dipos terus ke alamat anda bersama video tutorial, dan mudah dipasang sendiri. Lihat pakej & harga.

Jam azan TV untuk surau & masjid

Kenali AzanSyncTV AI dengan lebih dekat

Ciri-ciri penuh, gambar pemasangan di surau seluruh Malaysia, testimoni pelanggan dan pakej harga, semuanya di laman utama kami.

Lihat Jam Azan TV Kami

Panduan lain

Ada soalan tentang paparan waktu solat untuk surau anda?

Bayar sekali, tiada langganan. WhatsApp kami, kami jawab sendiri.

Lihat pakej & harga penuh